Tuesday, October 26, 2010

RIMBA BANDAR BUKIT BAUK

Rimba Bandar Bukit Bauk...

Pintu gerbang masuk ke Rimba Bandar Bukit Bauk...

Salam 1 Malaysia... Masih lagi dalam daerah Dungun. Rimba Bandar Bukit Bauk terkenal dengan hutannya yang kaya dengan pelbagai tumbuhan hutan hujan tropika. Lokasi ini menyajikan ketulenan hutan tropika yang terdapat di Malaysia.

Pondok untuk beristirehat...

Terletak di tepi jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran dengan sempadan Paka ini amat mudah untuk dikunjungi. Hanya 15 minit sahaja dari Bandar paka dan lebih kurang 30 minit dari bandar Dungun.

Dataran yang luas dan selesa untuk kemudahan....

Lokasi yang diselia oleh Jabatan Perhutanan ini menyediakan dataran yang luas untuk pelbagai aktiviti contohnya seperti senam robik dan sebagainya selain dari pondok rehat untuk melapaskan lelah. Apa yang pasti banyak maklumat berkenaan pokok hutan di Malaysia boleh didapati di sini. Selamat berkunjung...

No comments:

Post a Comment